Wednesday, January 4, 2017

Spongebob




Ini Spongebob... salah satu kartun kegemaran saya sewaktu kecil. Idea melukis Spongebob datangnya daripada fridge magnet yang berwarna pink ini. Setiap hari saya mencari idea untuk melukis dan ini merupakan salah satu ilham melukis saya. 

Saya suka Spongebob sebab dia kelakar, baik dan comel. Selain itu, cerita dia penuh dengan pengajaran contohnya jangan sombong dan berlagak. Dulu saya ada banyak koleksi Spongebob. Malangnya, saya ni jenis tak pandai jaga barang. Kalau tidak sehingga sekarang koleksi itu masih ada lagi.


Lukisan ini dilukis pada hari Selasa, 27 Disember 2016.

Thursday, December 29, 2016

Keluarga Saya







Ini adalah lukisan keluarga besar mamatok(nenek) saya. Ilham untuk membuat lukisan gambar keluarga mamatok ini daripada otak saya. Saya teringat tentang keluarga saya yang banyak berjasa kepada saya. Keluarga saya terdiri daripada lima orang. Yang baby tu dalam perut mama saya. Cucu mamatok saya terdiri daripada tujuh orang. Saya dan Faiha sahaja cucu mamatok yang perempuan. Anak mamatok saya pula terdiri daripada empat orang. Saya membuat tanda soal sebelah manang saya kerana dia belum ada pasangan buat masa ini.                
                                                           
P.S: Sebenarnya block yang saya lukis ini, mak su saya yang berikan. THANKS MAK SU!


Lukisan ini telah dilukis pada bulan Ogos dan Disember 2016.

Wednesday, December 28, 2016

Lukisan tercantik dalam hidup saya



Ini lukisan pertama saya. Mula-mula saya bosan tak tahulah nak buat apa. Tiba-tiba lukisan ini tergambar difikiran saya. Jadi saya lakarkan dan warna apa yang tergambar di fikiran. Kemudian saya berhenti seketika untuk berehat. Saya ternampak pen Sharpie di atas meja makan. Jadi saya pun menyambung lukisan ini dan melakar menggunakan pen Sharpie. Apabila habis menggunakan warna kuning,hijau dan biru, saya warnakan merah pula. Tiba-tiba habis .Jadi saya jadikan lukisan ini sebagai kenang-kenangan saya.


Lukisan ini dibuat pada hari Rabu, 21 November 2016.